“Ashwagandha Malaysia? “Selamat ke? ” “Ada pengesahan KKM tak?”
Seperti mana yang kita tahu, rakyat Malaysia sekarang suka amalkan suplemen kesihatan, herba dan ubat tradisional dalam rutin harian mereka. Tapi, banyak produk suplemen kesihatan yang dihasilkan dan dijual di pasaran, tidak melalui ujian dan kelulusan kementerian kesihatan.
Tapi jangan risau, kerana produk Ashwagandha Malaysia dari https://bionaturagarlic.com/ telah disahkan selamat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk diamalkan dan mempunyai taraf Medical Grade Medicine (MGM), sama seperti ubat yang dijual di hospital & farmasi.
Apakah Itu Ashwagandha?
Ashwagandha ialah sejenis tumbuhan yang terkenal dengan khasiatnya kerana dapat meningkatkan kesihatan pengguna. Ia adalah pokok renek herba yang akar dan buahnya digunakan untuk sifat perubatan. Nama saintifiknya dikenali sebagai Withania somnifera.
Akar dan daun tumbuhan daripada Ashwagandha sering digunakan untuk membuat ubat. Khasiat Ashwagandha juga boleh didapati apabila ia dimakan sebagai teh, serbuk, tincture dan bahan tambahan makanan atau makan secara mentah.
Khasiat-khasiat Ashwagandha
- Mengurangkan Tekanan dan Stress
Pernah tak anda tertekan dengan tunggakan kerja, melayan karenah anak-anak, sehingga rasa tidak ada masa untuk bersosial dengan sesiapa?
Sesetengah orang menghadapi masalah itu dengan keluar, mengambil udara segar, tetapi, anda cuba mengelakkan masalah tersebut dengan menjauhkan diri daripada sesiapa dan tidak berkomunikasi.
Jika jawapan anda adalah “Ya” atau “selalu”, mungkin ini adalah permulaan atau situasi biasa untuk mereka yang mempunyai anxiety, iaitu tekanan dan kebimbangan yang melampau.
Jika anda adalah salah seorang yang tergolong dalam jawapan kepada persoalan di atas, anda mungkin perlukan Ashwagandha.
Ashwagandha boleh membantu untuk menenangkan tahap kebimbangan dalam otak, sama seperti ubat-ubatan anti-anxiety yang lain (Lorazepam)
- Meningkatkan Kekuatan Otot
Pengambilan Ashwagandha Malaysia juga boleh membantu meningkatkan jisim dan kekuatan otot. Kajian klinikal dengan lelaki muda yang tidak biasa melakukan latihan rintangan mendapati bahawa mengambil ashwagandha mempunyai kesan yang ketara.
Lelaki yang mengambil ashwagandha juga menunjukkan kesan yang positif dalam peningkatan dan kekuatan saiz otot di lengan dan dada mereka, serta pengurangan peratusan lemak badan.
Mereka juga mengalami kurang kerosakan otot akibat senaman, tahap testosteron yang lebih tinggi, dan penurunan lemak badan yang lebih ketara.
- Menurunkan Paras Gula Dalam Darah
Bahan aktif dalam Ashwagandha yang dipanggil Withaferin A dipercayai dapat membantu badan memproses sel-sel glukosa dengan baik. Ini bermaksud, ashwagandha boleh menjadi pilihan rawatan semulajadi untuk pesakit kencing manis.
Walaupun ashwagandha tidak dapat menyembuhkan kencing manis, beberapa kajian telah menunjukkan bahawa ashwagandha boleh membantu mengawal paras gula dalam darah.
- Mengurangkan Keradangan
Keradangan boleh berlaku pada mana-mana bahagian badan, dan kadang-kadang orang akan menggaru diri sendiri sehingga kulit berdarah.
Inflamasi atau radang usus juga berkait rapat dengan diet pemakanan. Ia mungkin disebabkan stress atau diet yang salah. Faktor lain yang boleh menyumbang radang usus juga termasuk umur, genetik, merokok atau ubat-ubatan tertentu.
Keradangan usus boleh menyebabkan :
- Cirit-birit
- Demam dan ketidakselesaan badan
- Sakit perut dan kekejangan perut
- Najis berdarah
- Nafsu makan berkurang sehingga menurunkan berat badan secara drastik
Keradangan usus kronik boleh merosakkan mitokondria dalam badan, yang boleh membuat anda letih dan lemah.
Jadi, apakah fungsi Ashwagandha pada pesakit radang usus?
Ashwagandha boleh membantu melindungi sel daripada kerosakan yang disebabkan oleh keradangan usus kronik.
Cara Makan Ashwagandha
- Cara untuk mengambil suplemen Ashwagandha ialah 1-2 biji selepas makan sarapan pagi dan 1-2 biji selepas makan malam.
- Cara pengambilan suplemen Ashwagandha bergantung pada tempat anda membelinya. Sesetengah orang mengambilnya sekali sehari, manakala yang lain mengambilnya dua kali sehari.
- Adalah penting untuk membaca label pada botol suplemen dengan teliti untuk mengetahui dos dan pengambilan yang sesuai untuk anda.
- Jika anda sedang hamil atau menyusu, penting untuk anda elakkan mengambil sebarang herba yang kuat. Sesetengah herba ini boleh menyebabkan keguguran. Ashwagandha adalah salah satu herba yang tidak dinasihatkan buat wanita hamil dan menyusu.
- Jika anda mengambil antidepresan atau sedatif lain, penting untuk anda membincangkan dengan penasihat perubatan anda terlebih dahulu untuk mengelakkan sebarang kesan sampingan yang tidak diingini.
Selain itu, anda juga dinasihatkan untuk mengamalkan gaya hidup sihat seperti:
- Mendapatkan tidur yang secukupnya
- Mengurangkan pengambilan kafein
- Tidak mengambil minuman alkohol
- Mengurangkan “screen time”
Mana Nak Beli Ashwagandha Yang Berkualiti?
- Sebagai ubat herba, ashwagandha adalah suplemen yang sangat fleksibel. Anda boleh membelinya dalam bentuk kapsul dan serbuk.
- Gel Atau Serbuk
Bionatura Health telah membuat satu penemuan baru, dimana Ashwagandha dalam bentuk cecair (Softgel) terbukti lebih berkesan. 10x lebih efektif, 10x tahan lebih lama dan 5x hasil lebih pantas!
Ia dinamakan Ashwagandha+ dan mempunyai taraf Medical Grade Medicine (MGM), sama seperti ubat yang dijual di hospital & farmasi. Kesan yang lebih efektif, dengan harga yang jauh lebih jimat.
Jadi apa tunggu lagi? Jom dapatkan Ashwagandha Malaysia sekarang dengan harga promosi 50% di atas talian di https://bionaturagarlic.com/. Jika ia tak membantu meningkatkan tahap kesihatan anda dalam masa 60 hari, anda boleh dapatkan 100% jaminan pulangan wang tau!