“Khasiat Ashwagandha Untuk Lelaki? Bagus ke??”
Ashwagandha terkenal dengan khasiatnya yang dapat mengurangkan tekanan dan kebimbangan. Selain itu, khasiat Ashwagandha telah dibuktikan dalam beberapa kajian dapat memberi manfaat kesuburan dan meningkatkan tahap testosteron lelaki!
Apakah Itu Ashwagandha?
Ashwagandha ialah sejenis tumbuhan yang khasiatnya dapat membantu meningkatkan kesihatan anda. Ashwagandha adalah pokok renek herba yang akar dan buahnya digunakan untuk sifat perubatan mereka. Nama saintifiknya dikenali sebagai Withania somnifera.
Akar dan daun tumbuhan daripada Ashwagandha sering digunakan untuk membuat ubat. Khasiat Ashwagandha juga boleh didapati apabila ia dimakan sebagai teh, serbuk, tincture dan bahan tambahan makanan atau makan secara mentah.
Membantu Masalah Mati Pucuk
- Menguatkan Otot
Pengambilan 200-400 mg serbuk ashwagandha setiap hari boleh membantu anda membina kekuatan dan jisim otot. Khasiat ashwagandha juga boleh membantu mempercepatkan pemulihan otot anda selepas senaman yang kuat.
- Meningkatkan Imuniti Badan
Ashwagandha merendahkan tindak balas keradangan pada sendi, otot, atau organ lain. Ia adalah herba yang mengutamakan kesihatan yang meningkatkan imuniti keseluruhan terhadap jangkitan bakteria.
250-500mg adalah dos yang dicadangkan untuk meningkatkan imuniti badan.
- Membantu Memori
Ashwagandha meningkatkan fungsi neuron dengan bertindak pada reseptor tertentu yang meningkatkan daya ingatan. Ia digunakan sebagai suplemen kepada penyakit neurodegeneratif seperti Alzheimer dan Parkinson.
500g – 2g dos dapat meningkatkan prestasi dan tahap kepekaaan anda. Ia amat disyorkan untuk pasangan yang sering terlupa tarikh ulang tahun perkahwinan mereka!
Siapakah Yang Patut Ambil Suplemen Ashwagandha?
- Darah tinggi
32.7% rakyat Malaysia menghidap penyakit darah tinggi. Adakah anda tergolong dalam peratusan berikut? Jangan risau! Kajian membuktikan Ashwagandha dapat membantu mengawal tekanan darah untuk pesakit darah tinggi.
- Kurang subur
Khasiat Ashwagandha juga terbukti dapat meningkatkan kekuatan seks serta menambahkan kesuburan lelaki dan hormon testosteron. Jika anda mempunyai masalah mati pucuk, Ashwagandha merupakan penyelesaian kepada masalah anda!
- Pesakit tiga serangkai
Kira-kira 1.7 juta penduduk di Malaysia mempunyai penyakit tiga serangkai iaitu darah tinggi, sakit jantung, kencing manis, kolesterol. Jika dibiarkan tanpa dirawat akan membawa masalah lebih kronik lain seperti kegagalan jantung, koma dan potong kaki!
Tetapi, jangan putus asa kerana Ashwagandha KSM66 merupakan herba tradisional yang terbukti paling berkesan untuk merawat penyakit 3 Serangkai!
Siapa Tidak Boleh Mengambil Ashwagandha?
- Walaupun Ashwagandha mempunyai 1001 khasiat, tetapi terdapat segelintir kumpulan yang harus mengelakkan penggunaan ashwagandha, iaitu wanita yang sedang hamil atau menyusu, mereka yang mempunyai darah tinggi atau rendah, bisul perut, atau gangguan tiroid.
- Wanita yang mengandung atau menyusu :
- Jika anda hamil atau sedang menyusu, penting untuk anda berbincang dengan penasihat kesihatan tentang sebarang suplemen diambil. Sesetengah supleme, seperti ashwagandha, mengandungi bahan yang tidak selamat untuk wanita hamil.
- Orang yang mempunyai tekanan darah tinggi atau rendah :
- Orang yang mempunyai tekanan darah tinggi atau rendah mungkin mengalami beberapa interaksi antara ubat mereka dan ashwagandha, yang mungkin mengakibatkan tindak balas yang tidak dijangka dalam tekanan darah mereka.
- Orang yang baru sahaja menjalani pembedahan:
- Ashwagandha mempunyai kesan menenangkan atau sedatif, yang membantu melambatkan sistem saraf pusat. Apabila anda mengambil ubat-ubatan dan suplemen bersama-sama, ia boleh melambatkan sistem saraf anda.
- Jadi, pastikan anda memberitahu pakar perubatan tentang semua ubat dan suplemen yang anda ambil sebelum pembedahan.
- Orang dengan ulser perut:
- Sesetengah orang mungkin mengalami kerengsaan apabila mengambil ashwagandha, jadi ia mungkin bukan pilihan yang baik untuk penghidap ulser perut.
- Orang yang mengalami gangguan tiroid:
- Jika seseorang mengambil ubat hormon tiroid untuk merawat aktiviti tiroid yang tidak normal, ashwagandha boleh menyebabkan tahap hormon tiroid meningkat melebihi normal. Sekiranya tahap meningkat melebihi tahap tertentu, anda mungkin mengalami tirotoksikosis, keadaan perubatan yang serius.
- Cara Makan Ashwagandha
- Cara untuk mengambil suplemen Ashwagandha ialah 1-2 biji selepas makan sarapan pagi dan 1-2 biji selepas makan malam.
- Cara anda mengambil suplemen Ashwagandha bergantung pada tempat anda membelinya. Sesetengah orang mengambilnya sekali sehari, manakala yang lain mengambilnya dua kali sehari.
- Adalah penting untuk membaca label pada botol suplemen dengan teliti untuk mengetahui dos dan pengambilan yang sesuai untuk anda.
- Jika anda sedang hamil atau menyusu, penting untuk anda elakkan mengambil sebarang herba yang kuat. Sesetengah herba ini boleh menyebabkan keguguran. Ashwagandha adalah salah satu herba yang tidak dinasihatkan buat wanita hamil dan menyusu.
- Jika anda mengambil antidepresan atau sedatif lain, penting untuk anda membincangkan dengan penasihat perubatan anda terlebih dahulu untuk mengelakkan sebarang kesan sampingan yang tidak diingini.
Selain itu, anda juga dinasihatkan untuk mengamalkan gaya hidup sihat seperti:
- Mendapatkan tidur yang secukupnya
- Mengurangkan pengambilan kafein
- Tidak mengambil minuman alkohol
- Kurangkan “screen time”
Dah tau beberapa khasiat Ashwagandha dan cara mengamalkannya? Apa lagi, jom dapatkan produk Ashwagandha dengan harga promosi sehingga 70% di atas talian di https://bionaturagarlic.com/.
Jika ia tak membantu meningkatkan tahap kesihatan anda dalam masa 60 hari, anda boleh dapatkan 100% jaminan pulangan wang tau!
Sekian sahaja artikel kali ini. Semoga anda mendapat manfaat daripada artikel ini.